Want your own Fotopage?

|
|
:: my precious moments, my thots, my world ::
 By: ain
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Thursday, 17-Jun-2010 06:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dessert for Lunch: Choc Mousse Brownies
|
|
Ni sebenarnya sambungan cite lunch kat umah hari tu. Tgh2 nak update, network connection down pulak.. pastu cik abang ajak kuar. Biasa la bebudak 2 org tu pon boring dah terperap kat rumah.
Entry ni sbb nak melunaskan janji kat makcikku sorang yg chomel itu Kat blog, aritu lagi dah letak. Dia kata, nak cuba buat la kan... lepas makan kek ni yg dibuat sempena sambut advance bday nek nah aritu. Masa tu, i xde rasa nk mkn, so bawa la 2 potong balik kl. Mmg sedap rupanya.
Choc Mousse Brownies
Sumber: Yani MyR
Bahan-bahan ( 18cm )
Brownies
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus
Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
Cairkan coklat masakan de ngan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.
| Quote: | comel: hai la comel, sendiri mau ingat la, kalau naik lif takde tekan itu butang baik lu naik tangga la...
Juri Juri: I x jumpa cake stand yg berkenan dihati lagilah. Nanti order dgn jeam dulu |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Jun-2010 03:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lunch @ Home: Nasi Ayam Ipoh
|
|
Salam Jumaat utk semua... semoga kita semua beroleh berkat di penghulu segala hari ni. Lunch apa hari ni? hihi. Arini kita & hubby cuti... replacement leave bday agung esok. Jadi ada masa la nak kecah2 kat dapur utk mkn tengahari dgn menu kat atas ni... kes tgk ramai org dah cuba la ni... x tahan godaan uuu... Haziq kata; sedap mummy, sedap sgt mummy masak... Mau x sedap, ipoh mari ni ... haziq... macam tu lah, kalau dpt mkn fav food dia.. berkali2 lah dia ckp nnt. Resepi kita copy dr dapur Teratak Impian, asalnya dr Quinnie MyR.
NASI AYAM IPOH
Sumber: Quinnie MyR
*BAHAN NASI*
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
*BAHAN AYAM*
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
*BAHAN SUP*
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
*BAHAN CILI*
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
*BAHAN KICAP*
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
*BAHAN HIASAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara-cara:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
en zul balik solat Jumaat ngan anak2 bawa pisang pulak. Dah tentu lah utk dimakan, kan..
| Quote: | Cik Tipah: ye Hajjah Tipah ...
Miss Latipah: nak peha xtra charge tau. Dah habis main mahjung? |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Jun-2010 03:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Birthday Pok Che' !!!
|
|
May each and every passing year bring you wisdom, peace and cheer.
Dan semoga mendapat kebahagiaan hidup di dunia & akhirat.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-May-2010 09:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hitam2 si tampuk manggis ...
|
|
Ni lauk yg dimasak sikit masa dulu. Hubby & anak2 memang penggemar sotong, sampai kadang2 dah kering idea nak gayakan lauk sotong nih. Resepi yang ni dapat masa belek2 buku kat MPH, Jusco Maluri. Apalagi, rembat lah... Edisi Khas 50 Sotong, kompilasi dari majalah karangkraf. Actually mak i biasa gak masak sotong masak hitam ni, tapi berbeza sket caranya. Tak penah ambil tahu sebab masa dulu macam x rela je nak makan dakwat sotong ni. Tapi versi yg ni, i tried ok gak rasa dia... x la hanyir dakwat tu maybe sbb penggunaan cili padi.
SOTONG MASAK HITAM
(Sumber: Edisi Khas 50 Sotong)
1kg sotong ~ dibersihkan, jgn dibuang pundi dakwat
20g bwg putih ~ kisar
20g bwg merah ~ kisar
100g bwg besar ~ kisar
20g cili padi ~ kisar
20g halia ~ kisar
10g kunyit ~ kisar
10ml air asam jawa
minyak, garam & gula
Panaskan minyak. Tumis bhn2 kisar hingga pecah minyak & naik bau.
Masukkan air asam jawa & kacau mesra.
Masukkan sotong & kacau. Masuk gula & garam secukup rasa. Kacau sebati sehingga masak. Hidangkan.
| Quote: | Mak Janda Meletop: betul3x
ayum: aritu ayum makan balik dr sek siap minta mama buat lg kan, mesti sedap dr resepi campak2 ibu ayum tu kan, kan, kan
nenek dara & nenek cyber: syyy... apa gaduh2 ni... malu la cucu2 nenek tgk kalo nenek sume dh xde gigi. |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-May-2010 08:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Yaasin & Tahlil Arwah
|
|
Majlis penutup cuti CNY 2010, Yaasin & Tahlil Arwah. Biasa bila cuti panjang & ramai berkumpul, kami akan buat majlis sebegini. Yang ngenit-ngenit ni pon semua pakat join.
Ok, mari kita vote ... sapakah paling layak terima anugerah "Tuan Puteri Kombang Semangkuk" ?
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-May-2010 09:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sup Brokoli & Kentang
|
|
Resepi cedok kat dapur MaDi HaA, buat lama dah ... before buat kuih lapis kacang merah aritu tapi tak sempat2 nak share. First time wat sup2 camni, slalu guna yg segera je, jenama campbell. Sedap & senang pulak tu.. makan camtu je or dgn garlic bread; my kids & hubby pon komen yg sama. Bagus jugak buat sup ni , ninja2 tu xtau tau ada brokoli dlm ni kalau x jgn harap la dorang tu nak mkn brokoli mcm tu aje.
SUP BROKOLI & KENTANG
Sumber : Chef Sabri
300 g kentang ~ buang kulit dan dipotong dadu
200 g brokoli ~ dipotong
60 g Bawang besar holland (letak 1 biji besar)~ dihiris
80 g celeri (letak dlm 2 tangkai je)~ dihiris
1 kiub ayam
1 tin susu sejat penuh krim
2 liter air
1 biji air limau nipis (letak setengah biji je)
2 sm garam (letak secukup rasa)
1 sm gula
Hiasan : Daun bawang dihiris dan bawang goreng (tak letak pun)
1. Dalam satu periuk masukkan air, kentang, brokoli, bawang besar, celeri, kiub ayam dan masak hingga mendidih selama 20 minit.
2. Padamkan api dan masukkan susu, kacau hingga rata.
3. Biar sup menjadi suam dan masukkan ke dalam bekas pengisar.
4. Kisar hingga halus kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk.
5. Panaskan semula bahan2 yang dikisar lalu masukkan garam, gula & jus limau.
6. Hias dengan daun bawang & bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama roti bawang putih.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-May-2010 08:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
February Birthday Celebration & CNY 2010
|
|
Again, this year CNY jatuh dlm bulan feb. Cuti panjang, apa lagi... balik kampung lah. Since ramai rakyat jelata yg gather2 kat masjid tanah tu sambut bday bulan feb, we all planned lah wat birthday celebration (byk ahli majlis tetingkap yg jeles tau, dorang kata balik2 celebrate bday februarians. abis tu nk wat cemana, dh selalunya masa tu cuti pjg, ramai yg berkumpul & group kami yg paling ramai . Dlm keluarga i yg berempat ni, 3 of us semua lahir di bulan februari... my eldest son je tersesat bulan Sept, so dah tentu i sokong 100% cadangan akak TTU. Tak pe lah bang, boleh geng ngan Ijah & ibu Ijah.
Perasan x minah yg posing bagai siap lambai2 tangan tu.. dia perasan tgh kayooo byk duit masa ni, hahaha... tu yang kemain manis senyumanmu tu. Actually before kitorg wat sessi bday ni, dia, laki i, jeam main wii monopoly. pastu komplot ngan jeam kalahkan laki i. kow2 punya... tu yg happy bukan main... ngalahkan menang More Jutaria ..
Before that, tengahari tu kitorg wat bbq & ayam percik cik Tipah, tapi lupa lak nak snap gambarnya, sodap bonar, sampai tak ingat . Ni la masa nak beramas mesra, bekerjasama ..budak kat ulu dengkil tu sampai x berbaju oke, kepanasan ..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-May-2010 04:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Chocolate Brownies Trifle
|
|
Ada citer disebalik trifle ni. Aritu mmg dah nampak kat blog Hana, tapi ingat nak peram dulu coz mcm malasss nak wat part kek tu. Sekali tu i ronda2 blog my friend, Ms 3AS, terliur tengok her simple quick n easy brownies. Rasa nak makan... terus la buat. But to my surprise... it didn't turn out exactly like her which looks moist, mine >> dry ler pulak. Rasanya sedap dah... tak tau la silap tang mana, i telek balik resepi & even check kat allrecipes.com xde bhn yg missing pon. Mungkinkah sbb saiz loyang? I guna loyang besar sgt ke? Or bake lama sgt... hmmm, nak kena csi nih. Penah wat brownies before, ok je. Then i terus tingat kat trifle Hana ni... idea yg dia dpt from TopsyTurvyMum Tu la... ada hikmah juga kan... kalau x krn brownies tu tah biler la turn i godek trifle ni.
LAPISAN PERTAMA
QUICK N EASY BROWNIES (allrecipes.com)@ mana2 kek coklat
Ingredients:
2 cups white sugar
1 cup butter
1/2 cup cocoa powder
1 teaspoon vanilla extract
4 eggs
1 1/2 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1/2 cup walnut halves
Directions:
1.Melt the butter or margarine and mix all ingredients in the order given.
2.Bake at 350 degrees F for 20 to 30 minutes in a 9 x 13 inch greased pan.
LAPISAN KEDUA - i buat 11/2 adunan resepi atas, kes tamak ler ni. So, utk 1 1/2 adunan atas tu, mmg just nice la portionnya dgn lapisan ke 2 ni, x tebal & x nipis sangat... just nice
Source : TTM@blogspot.com
2/3 cawan tepung jagung
1/3 gula castor
21/2 cawan susu segar
200g dark chocolate
Campur tepung jagung dengan gula dlm periuk
Tuang susu perlahan2 sambil kacau.
Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
Masukkan dark chocolate, kacau sampai larut dan sebati.
Tuang ke atas kek dan sejukkan lebih kurang 15min.
LAPISAN KETIGA - buatlah! hehe... lagi heaven & menambahkan kolestrol.baru sesuai dgn namanya trifle. apa2 pon atas selera masing2. tapi... buat la eh, lagi sodap tau... gerenti menjilat sudu... nyum, nyumm.
Source: TTM@blogspot.com
250g cream cheese
1/4 cawan gula
150ml thickened cream - aku gune whipping cream
1 sk parutan kulit lemon @ oren - nih aku tambah
Pukul cream cheese dengan gula hingga smooth.
Masukkan thickened cream dan parutan lemon @ oren.Pukul hingga sebati.
Tuang atas lapisan kedua tadi. Sejukkan 4-6 jam dlm peti ais.
Taburkan dry-roasted almonds atau hazelnuts, stoberi dan parutan chocolate.
| Quote: | Mak Chik: Bilo agak2nyo nak buek lompat tikam tu mak chik oiii sodap tu... mmg x pandai nk membuek nyo. Buleh, nnt buek laei kito ulur... tp kalau gulo naik, jgn salahkan kek saya pulak  |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-May-2010 03:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Syabsukka ... saya suka ;)
|
|
Yezzzaaa... our breakfast this morning. Menu semlm yg dipostpone ke hari ni coz ada sesuatu yg berlaku & i fobia kat dapur gas semlm.. x sempat nak citer skrg, nnt la bila i free sket. Anyway MaDiHaA dah goda i dgn resepi ni, actually jumpa lama dah resepi ni & peram dulu n nampak kat KOG last week. Tapi bila tgk boleh jd menu bfast, laju je la ahkaakk... menu2 bfast, mmg x peram lama slalu nya sbb nk goda anak2 amik bfast Muka sgt happy n excited je 2 ninja tu masuk dapur pagi ni... esp itu Shimimaro lah! dapat lak telur goyang inul
SYABSYUKKA
Nak senang panggil je daging arab.
Sumber : http://kucingorengemok.blogspot.com/Lee Lin (kucingorengemok)
Masaknya:
2 paket daging cincang
2 biji bawang bombay - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?
minyak sapi
kacang pis
tomato - i opt with tomato paste
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi
1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam. (MaDiHaA perap semalaman dlm peti ais rak tengah)
2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.
| Quote: | Orang Kampung: Haa... buek, jangan x buek... lopeh tu pangge sekg dtg makan... mau berobut2 tu... |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-May-2010 09:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mandi manda di hutan rimba
|
|
Masa kami baru balik aritu, macam2 la ninja 2 org tu request, nak makan itu la, nak makan ini la... nak gi sana sini.... dan nak gi mandi kat Sg Congkak. Isk.. x happening lah rasa nak gi Sg Congkak tu takat 4 beranak jek. Jadi pujuk punya pujuk, dorang setuju la nak mandi manda kat belakang umah >> Hutan Rimba Ampang aka Bukit Belacan Ajak 3Q, memula ibu dia approve, then x bagi pulak ... kes si Q yg tgh x buat homework... siannn, meleleh airmata dia masa tutup pagar i hulurkan mihun goreng sbb dorang x jd pegi tu. Jadi cuma zz yg masih keboringan tanam anggur je la yg follow. Si magik kitchen, eksyen... haihh, takat air macam belacan tu x heran. Puas hati si Shimimaro dpt mandi sungai. Siap posing sakan... nak tunjuk kat 3Q katanya...
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 > >>] [Archive]
|
|
 |
|