Want your
own Fotopage?








 
:: my precious moments, my thots, my world ::

By: ain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Jun-2010 06:54 Email | Share | Bookmark
Dessert for Lunch: Choc Mousse Brownies

Ni sebenarnya sambungan cite lunch kat umah hari tu. Tgh2 nak update, network connection down pulak.. pastu cik abang ajak kuar. Biasa la bebudak 2 org tu pon boring dah terperap kat rumah.

Entry ni sbb nak melunaskan janji kat makcikku sorang yg chomel itu Kat blog, aritu lagi dah letak. Dia kata, nak cuba buat la kan... lepas makan kek ni yg dibuat sempena sambut advance bday nek nah aritu. Masa tu, i xde rasa nk mkn, so bawa la 2 potong balik kl. Mmg sedap rupanya.



Choc Mousse Brownies
Sumber: Yani MyR

Bahan-bahan ( 18cm )

Brownies
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
Cairkan coklat masakan de ngan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.



Quote:
comel: hai la comel, sendiri mau ingat la, kalau naik lif takde tekan itu butang baik lu naik tangga la...
Juri Juri: I x jumpa cake stand yg berkenan dihati lagilah. Nanti order dgn jeam dulu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net